<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8551778471482992495\x26blogName\x3dBulan+Bahasa+2008+---+Lynn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-lynn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-lynn.blogspot.com/\x26vt\x3d884176605399993670', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
7.03.2008



Cara bermain Congkak

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.





Berusahalah, jangan putus asa...


PengakuanKU...


7.01.2008



Permainan Tradisional - Congkak

Terdapat berbagai-bagai permainan tradisional yang amat dikenali pada masa dahulu yang mungkin masih diingati pada zaman ini. Di blog saya ini, kami akan mendapat tahu jikalau permainan-permainan tradisional yang akan saya bincangkan masih diingati dan dimainkan pada hari ini. Untuk permulaannya, permainan tradisional pertama yang akan saya bincangkan adalah tentang 'Congkak'.

Congkak


Permainan ini telah dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, adakah pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Permainan Congkak pada zaman dahulu


Mahu tahu bagaimana hendak main Congkak, bacalah entri yang seterusnya...






Seorang yang berjaya,


seorang yang terus berusaha...


PengakuanKU...


6.30.2008

Langkah - Langkah yang akan Diambil


Sebagai permulaan...

untuk menjadikan blog saya ini lebih terurus, terdapat beberapa langkah-langkah yang akan saya ambil untuk memulakan blog ini.

· Saya harus mendapat matlumat tentang permainan tradisional yang saya hendak bincangkan. Matlumat-matlumat ini akan saya dapatkan dari
1. Buku-buku
2. Internet
3. Temuramah-temuramah


· Saya juga harus membuat blog saya ini kelihatan lebih menarik dan infomatif. Apakah cara-caranya?
1. Video posting
2. Audio posting
3. gambar-gambar

Saya amat berharap setelah selesai melaksanakan blog ini, saya dan juga pembaca-pembaca blog ini dapat berasa puas. Akan saya buatnya dengan sepenuh hati.

Kearah kejayaan matlamatku

Bulan Bahasa, Bulan untukku Berjaya...



PengakuanKU...


6.28.2008

Pertandingan Blogging 2008 - Permainan Tradisional


Sempena Bulan Bahasa tahun ini, sebuah 'Pertandingan Blogging' telah diadakan. Sekolah kami juga telah turut serta untuk pertandingan ini. Semua pelajar melayu menengah tiga telah diarahkan untuk membuat sebuah akaun blog untuk pertandingan ini. Tajuk kali ini ialah tentang permainan tradisional. Setiap seorang harus membuat sekurang-kurangnya 12 entri tentang tajuk yang diberikan.

Saya merasakan bahawa pertandingan sebegini amat menarik. Idea untuk membuat blog ini juga agak bagus kerana blog amatlah popular di kalangan remaja zaman ini. Topiknya juga agak baik kerana dengan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan-permainan tradisional setelah membuat kajian tentangnya. Ini juga dapat mengelakkan daripada permainan-permainan tradisional ini dilupakan atau pupus.

Setelah diberi arahan daripada guru-guru, saya berasa agak ghairah untuk memulakannya. Saya akan cuba menulis tentang sebanyak mungkin permainan tradisional yang boleh saya dapati. Harapan saya setelah selesai menulis entri-entri ini ialah supaya permainan-permainan tradisional yang popular pada zaman dahulu akan kembali popular pada hari ini.
Sekian hingga sini dahulu.

Assalamualaikum




PengakuanKU...


BuLaN BaHaSa♥

NamaKU NuRuL FaZlInA JaMiL, sEoRaNg pErAmAh & PeNdiAm, UnIk & BiAsA, CaNtIk & HoDoH, LaDy-LiKe & ToMbOy..MaHu tAhU dIrIKU sEbEnAr dEnGaN LeBiH dEkAt, bErKeNaLaN DeNgAnKU...
adeq_fazlin@hotmail.com

Guangyang Secondary School

IrAmA & LaGu♥

LALALA:) ----
Irama & Lagu


KaTa-KaTa ItU♥




Dar-links♥

CikguKU
Farhana
LINK
LINK
LINK


Over It♥

June 2008
July 2008

PeNgHaRgAaN♥

Designer:ME.WANWEN:)
Basecodes:%CANDYLOVE.
%PURPLE.candy-
Picture Hosting: Photobucket
Inspiration: purplekisses-